Manusia yang baik adalah yang belajar dari kesilapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Buatlah bisness apa pun. Kejayaan ditentukan oleh sikap kita dalam running the bisness. Bukan disebabkan kualiti produk semata-mata.
.
kalau fikir kualiti adalah asbab kejayaan tak mungkin MCD berjaya hari ni. Sebab banyak lagi burger lain yang jauh lebih sedap dan lebih bagus daripada MCD yang NY pernah makan.
.
Pointnya, sesebuah kejayaan adalah cerminan SIKAP INDIVIDU lead the team. Lead diri mereka sendiri dalam menghasilkan kejayaan.
.
Sikap yang macam mana?
.
Anda sendiri senaraikan.
.
Bagaimanapun manusia takkan terlepas dari diuji. Ada hari ok, ada hari tak OK. iman pun naik turun. Nama pun manusia biasa. Apa yang membezakan orang yang berjaya dengan tidak adalah sikap dan tindakan. Bukan hanya tahu bercakap tapi tidak buat. Tahu saja. Sembang je, tapi habuk pun takda.
.
Kita ada rasa nak improve diri itu lebih baik dari tak buat perubahan langsung dan asyik mencari alasan.
.
Allah tahu hambanya akan selalu melakukan kesilapan kesalahan dan dosa, Sebab tu pintu taubat sentiasa dibuka.
.
Kita manusia ni terbalik. Sekali orang buat salah. Sekali tu je, Yang sekali tu juga lah yang kita akan ingat, hukum dan ungkit sampai bila-bila. Yang seribu kebaikan semua dilupakan terus.
.
Takda manusia yang sempurna termasuklah diri kita sendiri pun banyak kali melakukan kesilapan walaupun kita adalah yang paling bagus, paling hebat, paling terbaik. Tipulah kalau dalam hidup kita sendiri tak pernah buat silap.
.
Manusia yang paling bagus adalah belajar daripada kesilapan dan perbaiki kesilapan dan fokus kepada kebaikan bukannya fokus kepada keburukan apatah lagi keburukan itu adalah moment yang lepas.
.
Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
.
Nora Yusof
.

#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP

 

 

.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?