Zaman dulu, kalau nak belajar. Murid mengadap guru. Murid cari guru.
.
Nasiblah kalau guru tu nak ajar. Itupun kalau dia nak ajar. Guru dulu senyap je.
Hebat
dan diam. Ulama dululah. Atau guru-guru zaman dulu. Adakah dia sengaja nak susahkan murid untuk belajar dengan dia? Tak… dia nak bagitahu supaya serius dan tidak sambil lewa kalau nak belajar.
.
Dengar je satu nama guru ni disebut-sebut kehebatannya maka datanglah murid dari seluruh pelosok dunia datang menuntut ilmu dengannya. Dia ke yang canang dia
hebat
? Tak.. murid-muridnya dan mulut-mulut orang. Tak perlu dia nak canang diri dia
hebat
. Orang lain dulu yang tolong ‘marketingkan’ dia.
.
Contoh imam Syafie merantau beribu batu nak belajar dengan imam malik. Imam syafie. Khatam hadam dulu buku guru sebelum jumpa dengan guru. Sebabnya, kalau tak hadam, tak baca. Memang imam Malik tak terima jadi anak murid. Dahsyat tak dahsyat.
.
Dengan adabnya diteliti sebelum diterima menjadi murid.
.
Dah lulus adab, akhlak dan bab-bab yang di gariskan, baru boleh start belajar.
.
.
Sama juga dengan guru zaman dulu, tegas garang dan rotan adalah asas didikan. Murid memang takut dan hormat.
.
Zaman sekarang, jentik anak sikit surat makhamah sampai ke tangan guru. Guru tunggu anak murid di pintu pagar sekolah. Guru beria buat training tuk murid. Ermmmmmmmmmmmm…
.
Zaman digital teknologi hujung jari je nak cari tahu sesuatu ilmu. Guru pun melambak-lambak buat seminar dan training. Akibatnya melahirkan anak murid yang ada ilmu tapi takda adab. Adab tak ditekankan pun. Murid bagi alasan apa pun. Eh takpa. Okey je. Sebab bayar mungkin. Ada sejenis murid, semua benda nak free. Compare guru sana sini. Bayar mahal murah apa sahajalah.
.
Why murid sekarang tak berkualiti? Manja, malas, nak bersuap, susah nak faham?
.
Sebab tak faham basic belajar. Adab dan berkat. Simple as that.
.
Orang sekarang tak faham. Menuntut ilmu ni satu jalan ke syurga.
.
Iaitu yang ‘bersusah payah bekorban’ mendapatkan ilmu. Baru Allah permudahkan jalan ke syurga.
.
Hilang adab, hilang berkat, hilanglah rahmat dan ilmu susah nak lekat.
.
Mohon mentor-mentor sifu-sifu serta guru-guru fahamkan apa itu adab dan berkat kepada murid-murid. Takutlah kepada Allah.
.
Belajar adab mengajar dan adab belajar. Belajar juga bagaimana mengajar cara islam ajar. Adab mengajar tu kalau takda jangan mengajar. Sebab jadi guru yang tak tahu adab. Melahirkan anak murid yang tak beradab.
.
Nora Yusof