Jadi kaya itu wajib,
Jadi kaya itu mesti.
.
ISLAM HARUS KUAT EKONOMI.
.
Yang tak wajib adalah,
.
Bagitahu orang kekayaan kita.
Bagitahu orang jumlah duit kita.
Bagitahu orang kehidupan kita.
.
Zakatlah senyap-senyap.
Sedekahlah senyap-senyap.
Dermawanlah senyap-senyap.
Infaklah senyap-senyap.
.
Jadilah jutawan dermawan senyap.
.
Banyak kebaikannya.
.
Terutama dari segi suma’ah, ujub, riak dan takabur.
.
Menjaga hati sendiri dan hati orang lain agar kita benar-benar di landasan keikhlasan sebenar.
.
Berhati-hati jarum syaitan sangat halus.
.
Lagi satu, adalah sangat tak bagus seseorang menghormati seseorang kerana kekayaannya.
.
Jadi stoplah budaya nampak kaya raya yang hakikatnya kayap juga berhutang.
.
Orang kaya sebenarnya adalah mereka takda hutang. Jika masih ada hutang, itu bukan kaya. Itu kedana. Kerana mati belum tentu selamat perjalanan roh kita.
.
.
Jadilah kaya senyap, agar semua peringkat dapat belajar hormat-menghormati bukan sebab siapa kita, pangkat kita atau level kita. Juga tarbiyah
terbaik
menjadi seorang hamba.
.
Kaya diam-diam. Memberi pun diam-diam.
.
Kaya tidak perlu pada pakaian.
Kaya tidak perlu pada kemewahan.
Kaya tidak perlu pada hutang.
.
Tapi
kaya perlu pada hati.
Kaya perlu pada adab.
Kaya perlu pada ilmu.
Dan kaya perlu pada memberi.
.
Kayalah untuk agama, bangsa dan negara sehingga langsung dibumi tidak dikenali tapi bergegar dilangit.
.
Allahuakbar.
Nora Yusof