Baiknyerlah kita buat kebaikan tu senyap-senyap.
.
Manusia tak tahu takpa. Allah SWT tahu. Cukup.
.
.
Sebab banyak-banyak kebaikan yang kita buat, kerana satu kesalahan, manusia akan terus lupa.
.
Aku menyesali bicaraku. Aku mensyukuri diamku.
.
Lagi kita belajar, Lagi kita sedar bertapa beruntungnya kita jadi lebih bersederhana dalam segala benda.
.
Usah sibuk nak nampak baik di mata manusia. Lebih baik nama kita disebut-sebut Malaikat dilangit.
.
Ketahuilah kalian, manusia memang tak tahu menghargainya.
.
Kerana tahap ilmu satu sama lain adalah sangat jauh beza bagai langit dan bumi. Apa yang kamu faham, mereka tidak akan sesekali faham.
.
Usahlah kamu sibuk fahamkan orang yang tak faham kamu. Diam dan buat sahaja apa yang Allah suruh.
.
Jangan jadi orang selalu melakukan perkara dan perkataan yang sia-sia.
.
Nora Yusof