Membaca ni perintah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ada orang tanya NY.
Akak nak tip boleh, macam mana cara nak pupuk minat membaca ni? NY ada cara

terbaik

tak?

Jawapan:
.
Membaca ni perintah Allah kak. Kalau kita tak membaca umpama kita tak dengar perintah Allah lah. Bila perintah Allah ni maksudnya wajib.
Bangsa yang tak suka membaca ni biasanya bangsa yang jahil. Kalau nak berjaya dunia ataupun akhirat mesti dengan ilmu.
Macam solat lah. Anak-anak kita tak faham kenapa kena solat. Sampaikan kalau tak solat diwajibkan rotan keatasnya. Bila dah besar dengan sendiri dia akan faham kenapa kena solat.
Sama juga dengan membaca ni. Membaca ni adalah makanan otak. Apa yang baik kita baca itulah otak kita akan jadi.
Kalau kita baca bahan-bahan yang melalaikan. Macam baca komik ke, novel ke, media sosial yang bukan-bukan ke. Kita akan membentuk akhlak yang tak baik.
Sebab tu kena bagi otak kita makanan (ilmu) yang baik. Sebab makanan otak adalah ilmu.
So suka ke tak suka. . Kena paksa membaca. Macam solat tu lah. Lama-lama nanti akan jatuh cinta sendiri dengan buku.
Sebab tu FTR tu diwujudkan dengan bahasa simple santai sentap. Sebab nak selesaikan isu kalangan orang yang tak suka membaca ni jugalah. Sebab faktor tak suka membaca ni banyak. Mungkin gaya penulisan penulis buku tu yang membosankan menyebabkan orang tak suka baca buku. 😅
Alhamduliah dengan FTR dah ramai rajinkan diri baca buku dan jadi fanatik dengan buku sebab suka gaya simple FTR.
.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?