Persoalan Dan Jawapan FTR

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Semalam dapat mesej ni daripada Agen FTR, ada dalam kalangan agen FTR ni kebanyakkannya lah mereka tak pakar nak jawab soalan-soalan macam ni dan ada yang ketakutan pun bila terima soalan-soalan daripada kastemer. Terketar-ketar takut salah jawab lain pula jadinya. πŸ˜…
.
Mereka semua ni dalam proses memperbaiki diri, upgrade diri nak buat kerja-kerja dakwah ni. Sedang tambah ilmu pengetahuan juga.
.
Jadi bila ada yang bertanya begini maksudnya masih ramai lagi tak faham dunia bisness dan dunia wakaf ni macam mana.
.
JAWAPAN UNTUK PERSOALAN NI.
.
NY jawab straight takda nak konar-konar. Jawab santai terus macam kita sembang saja untuk mudah faham dan fikir.
Nak tanya korang, sejak bila semua pembeli avon boleh jadi agen avon kalu tak daftar ahli? πŸ˜…
.
Kita tak bolehlah fokus FTR semata. Lepas tu judge niat dah lari niat asal lah apa. Asal beli je semua kena dan layak jadi agen. Tgk jugaklah bisness lain… avon. Apa lagi? Insurans. Beli insurans terus boleh jadi agen insurans eh? Tak pernah dengar pulak. Lagi Marykay. Alahh banyak benorlah aih. πŸ˜…
Tengok secara menyeluruh. Bukan pandang serong. Tak faham takpa kalau tanya. Tapi NY jawab mudah je. Macam sembang dengan kawan. πŸ˜‚
.
Apa pun terima kasih atas cadangan dan perhatian. Ini perbualan antara NY dan Agen NY semalam. NY copy and paste sahaja. πŸ˜…
.
Pihak syarikat mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan jenis model bisness produk ni ikut kemahuan pemilik bisness bukan ikut pelanggan.
.
Pembeli buku is pembeli buku.
Agen is agen.
Takda kaitan beli buku dengan jadi agen.πŸ˜…
Prosedur syarikat nak bukak agen atau tak takda kaitan dengan belian produk atau tak.
Kenapa pembeli buku kita tak daftarkan terus jadi agen sebab takda sistem yang automate pembeli terus boleh jadi agen. Dan lagi pula, bukan semua pembeli nak jadi agen. Sebab tu kita tak bukak tuk semua.
Dan kita ada offer sape nak jadi agen buku secara percuma atau berbayar tertakluk pada keistimewaan dan terma syarat yang disediakan bagi menjaga reputasi dan kredibiliti perniagaan.
Kalau nak automate semua pembeli jadi agen boleh. Bagusss sangat tu… tapi kita akan mengalami masalah kerana bukan semua agen berminat nak jadi agen atau jadi peniaga. Sebab ada agen jual produk lain. πŸ˜…
.
Okey itu isu pertama.
.
Isu kedua…
Untuk isu wakaf dan derma pula kita nak fokus beri bantuan kepada golongan yang tak mampu di samping berkongsi pahala berwakaf. Semua mampu beli buku FTR yang ratus-ratus tu ke? Tak semua mampu lagi asyik cakap mahal memanjang walaupun buku mini pun ada yang tak mampu juga.
Dan dalam masa sama, dapat kita wakaf ilmu kepada anak-anak muda dengan sumbangan dan derma kalian dapat pahala sedekah dan pahala jariah ilmu. Kan bagus hadiahkan ilmu dekat orang lain yang tak mampu dan tak kenal FTR. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°
Nak harapkan semua beli memang taklaaa. Sebab tu projek wakaf diwujudkan bagi sesiapa yang nak hadiahkan ilmu kepada sasaran yang tak mampu seperti asnaf, anak yatim, pelajar sekolah, pelajar tahfiz, non muslim terutamanya. Niat nya nak berdakwah.
Kalau jual dekat non muslim, berapa ramai non muslim minat nak beli dengan harga terkejut jantung diorang tu?πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kalau harga murah sekalipun, berapa ketul je minat nak baca FTR islamik ni. Nama pun non muslim. So macam mana matlamat dakwah tu nak sampai? Jauh ke langit laa… melalui projek wakaf nilah. jadi ni adalah salah satu usaha kita dengan cara sikit sorang menyumbang untuk bantu non muslim ni kenal Allah melalui ilmu FTR ni. Benda free takkan orang nak tolak kalau kita bagi. Nak beli sendiri? HmmmmmmmmmmmmmmπŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„
.
.
Persoalan tentang sedekah setiap hari dan derma hari-hari tu pula..
.
Baik begini… kena faham dulu konsep.
.
Nak derma hari-hari tu adalah atas kemampuan dan kefahaman masing-masing terhadap fadilat bersedekah.
.
Kalian bersedekah bukan dapat dekat kami company pun. Pahala sedekah tu kalian lah dapat.
.
Kami hanya menyampaikan amanah buku kepada penerima wakaf mengikut jumlah yang kalian sedekah. Kenapa hari-hari digalakkan sedekah? Korang target nak bagi sedekah ilmu dekat berapa orang? Kalau nak bagi sorang, sedekah jelah sikit. Kalau rasa nak sedekah satu Malaysia, bagilah sedekah banyak. Sebab satu buku nilainya RM29.90.
.
Kalau kalian sedekah seringgit sehari. 30 hari baru dapat wakaf 1 buku. Kalau sehari wakaf RM30. So sebulan, dapat hadiahkan 30 buku kepada 30 orang penerima wakaf. Lagi banyak sedekah, lagi ramai dapat manfaat. Begitu. Mana ada sedekah satu buku, satu Malaysia dapat baca. πŸ˜…
Apa sedekah pun berkira? Sebab sendiri yang tahu nak sedekah tuk wakaf buku kepada berapa orang? Ke tak faham konsep wakaf buku FTR ni macam mana? πŸ˜…
Sedekah ajelah sampai meninggal kerana Allah. Pahalanya, fadilatnya, kebaikannya dah tentu ampa yang dapat.
.
Kalau rasa nak sedekah sekali seumur hidup. Ikut koranglah. Takda paksaan. Nak pahala banyak. Sedekah banyak. Nak pahala sikit. Sedekah sikit. Konsepnya mudah…
.
Sebab tu kita didik diri kita sedekah setiap hari. Nak sedekah kat tempat lain? Sila.. nak bagi anak yatim? Sila… nak sedekah ilmu ftr? Ohh sangat digalakkan. Sebab sebaik-baik sedekah adalah ILMU yang bermanfaat 😁😁😁
.
Jenuh nak ikut tekak setiap orang. Sorang kata nak jadi agen auto. Sorang kata taknak jadi agen. So nak ikut mana? Ikut sukati cikgulahhh nak bukak macam mana pun. FTR cikgu punya. Bukan korang πŸ˜…
.
Nak lagi faham? Baca…
.
Sama jugalah dengan jual quran dan wakaf quran. Dah jual quran kenapa pulak nak ajak wakaf quran? Paham tak?
.
Cikgu pernah je jumpa tempat wakaf quran. Nak beli ke nak wakaf. Ha ikutlahh..
.
Kenapa? Beli sebab kita nak guna. Wakaf kenapa? Sebab nak bagi orang lain guna. Diorang nak beli tak mampu. So kitalah hadiahkan. Tapi melalui agen wakaf. Sebab nak cari sendiri orangnya banyaklah pulak keje kita. πŸ˜…πŸ˜… Sebab tu ada agen urus harta wakaf. Nak pergi sekolah sendiri ke? Kalau mampu p lah sendiri takyah lalu agen pun takpa
.
Orang jadi agen wakaf ni tujuan nak mudahkan keje berwakaf kita sampai kepada penerima. Gitulah kekdahnyaaa
.
Sama jugak nak wakaf telekung bagi telekung. Beli lah telekung lepas tu nak sedekah masjid p lah bagi. Sama je konsep ni semua.. beli dulu lepas tu wakaf.
Sama juga dengan FTR ni. Sumbang dulu, derma dulu. Kami p lah hantar kat mana-mana yang layak tu.. kalau korang sendiri nak beli buku dengan kami, tapi nak wakaf sendiri pun boleh… ikutlah. Tapi takdalah komisyen tu… gitu je. Bukak agen sebab nak kongsi rezeki dengan agen wakaf. Macam bagi peluang pekerjaan dekat oranglah. Macam jadi agen food panda.. sama je. Asal nama wakaf. Nak jadi sukarelawan sepanjang masa. Mana nak hidup orang? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
.
Asal kerja agama je kena free. Kena ikhlas. Apa bayar sedekah derma sumbang semua tak kira ikhlas eh? Berniaga tak ikhlas? Kata tunggang agama. Dah tu buat apa jual quran? Bagi jelah free.
.
.
Banyak modal nak print buku kertas pokok semua sape nak bagi free?? Kilang pun tutup macam gini. πŸ˜…
.
.
Bukaklah minda tu. Dah 2022 dah ni
.
Korang tahu tak.. nak convert pembeli jadi agen dah satu hal. Nak buat bayaran komisyen dah satu hal. Mana ada sistem tu…
.
Kenapa ramai agen buat benda sama? Habis tu dah ramai jadi agen produk sama. Bersainglah depa…
.
.
Dah semua buat benda sama. Agen ramai, peniaga ramai. Bersaing tu biasalah. Benda yang pelik kalau ramai agen dan buat benda sama? Takkan dia jual nasik lemak, kita pun takleh jual nasik lemak?
.
Rezeki kan dari Allah.. sape usaha dia dapatlah… πŸ˜….
.
Panjang jugak penerangan ni. Harap berbaloilah untuk difahami.
.
Nora Yusof
.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?