Apa nak buat sekiranya difitnah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ada orang tanya NY, apa nak buat sekiranya difitnah?
.
Ini cara NY.
.
Waalaikumussalam. Doakan kebaikan semula untuk dia, doakan dia diampunkan dosa.
Berkaitan fitnah ni, sebaiknya sediakan bukti yang kita difitnah. Kalau perlu untuk pertahankan diri boleh buat penerangan. Kalau takda bukti fitnah, maka berdoalah kepada Allah agar pemfitnah diberi petunjuk dan hidayah dengan kalian melalui jalan sabar dan solat.
Bila kita difitnah, ingat Allah sedang angkat darjat kita naik tinggi. Pahala penfitnah dapat dekat kita. Barangkali si pemfitnah itu muflis pahalanya.
.
1. Senyum dan syukur adalah perkara pertama dibuat sekiranya diuji.
2. Berdoa yang baik-baik dan hadiahkan mereka Alfatihah
3. Terangkan dengan baik beserta bukti. Jika tidak mampu dan mereka tidak percaya. Biarkan mereka dan serahkan saja kepada Allah yang maha adil menunjukkan kebenaran. Diam dan berdoa ketika ini adalah lebih baik. Usah melawan dan bersedih. Mengadulah kepada Allah. Kerana Allahlah berkuasa pemegang hati-hati manusia.
4. Fokus perbaiki diri jadi lebih baik. Jangan sampai hilang fokus, stress dan sebagainya kerana nak mempertahankan diri. Orang yang tenang pasti menang. Maka bertenang dan istighfarlah mohon ampun kepada Allah.
5. Kadang apabila datang masalah, bukan masalah tu untuk diselesaikan sangat pun. Tapi Allah nak kita redha dan terima dengan tenang dan tak gelabah. Relax. Tak perlu kelam kabut semua benda nak selesaikan jam tu jugak. Rancang dulu dengan baik dan buat segala persediaan di belakang tabir sekiranya ada yang tak diingini berlaku.
6. Rasul difitnah. Rasul senyum dan tak marah. Ingat… jika kalian bersabar. Malaikat bersama kalian. Jika kalian hilang sabar, maka syaitan menemani kalian. Point kat sini. SABAR DAN DIAM. 🥰
.
Orang beriman tatkala diuji, mesti tenang dan sabar. Orang yang baik, tidak akan memburukkan orang lain, membuka aib orang lain. Sebab dia sentiasa nakkan kebaikkan.
.
Elakkan permusuhan, pergaduhan dan perdebatan.
Sekian sedikit perkongsian.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?