RAHSIA DI SEBALIK ISRA’ MIKRAJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

RAHSIA DI SEBALIK ISRA' MIKRAJ

 

Subhanallah, Israk Mikraj yang telah kita ketahui sejarahnya lagi diulang-ulang ceritanya ini sangat-sangat luar biasa. Semakin di telusuri, semakin dipelajari, semakin bercambah penghayatan dan ketakjuban kepada suatu kuasa luar biasa yang tak terjangkau keagungannya.
MasyaAllah.

Maka siapa yang tidak akan jatuh cinta kepada keistimewaan seorang insan agung bernama Muhammad SAW. Siapa yang tidak akan merasakan kehambaan tingkat tertinggi tatkala menggambarkan peristiwa ini. Siapa yang tidak merasakan Allah SWT sebagai satu zat Maha Besar tatkala rakaman sejarah ini dikupas kemas.

Peristiwa satu malam yang Allah jaga dan dikekalkan sehingga ke penceritaan akhir zaman ini satu rahmat buat seluruh umat. Ini kekuasaan Pencipta kehidupan, tiada yang mustahil sebaliknya manusia jualah yang terlalu jahil.

Mari bermuhasabah, kita hayati kehidupan yang dipinjamkan ini dengan penuh kesyukuran. Dan semoga semakin tenanglah jiwa yang berjawatan muslim. Islam sebagai agama agama yang benar dan tidak akan tergugat.

Maka atas kemuliaan nama Islam, sama-sama kita sebarkan kebaikkannya. Bermula daripada diri sendiri, peliharalah perilaku dan ibadah. Sehingga ke peringkat teringgi, kita bentuk komuniti muslim yang memartabatkan Islam. Rasulullah sangat mencintai kita dan ingin membawa kita bersama masuk ke syurga. Namun tugasannya ialah menyambung usaha dakwah baginda walaupun sebaris ayat daripada baginda. InsyaAllah, rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita.

#TurnBackToAllah

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?