Hari ni NY betul-betul sakit hati. Rasa gerammm betul.
.
Dah lama pendam nak tulis isu yang satu ni.
If you want to buy the best IWC replica watches or you want to know the latest information about IWC replica watches bestiwc is a good choice
Buy 1:1 Super Clone Watch of World’s most luxurious brands like Rolex, Audemars Piguet, Patek Philippe with highest Degree of Replication.
.
Tapi tulah sebab kekangan masa dengan kerja dengan anak-anak nak menulis kadang terbengkalai. Kalau dulu boleh tulis 4 kali sehari sharing. Sekarang dua hari sekali belum tentu. Jadi banyak penulisan terpendam 

.
Apa yang sakit hati sangat tu???
.
Isu yang ramaiiii orang salah faham tentang kisah nabi sebelum dan selepas kerasulan. Maksudnya zaman kenabian dan kerasulan rasulullah lah. Iaitu berkait dengan berniaga dan berdakwah.
.
Ramai betul yang faham nabi selepas kerasulan dah tak berniaga. Nabi berdakwah sepenuhnya. Nabi berniaga tu sebelum nabi jadi rasul lah. So konklusinya kalau nak buat dakwah ni kena dakwah jelah kenapa nak berniaga?? Berniaga tu duniawi. Kejar dunia. So kalau berniaga sambil berdakwah ni tak dibuat nabilah kiranya. 

Berniaga sambil berdakwah ke atau berdakwah sambil berniaga ke itu semua tak betul tak kena tak benar.



.
Ya Allah… Bagilah aku kekuatan nak terangkan.
.
Sebenarnya macam mana???
.
Boleh ke tak boleh? Salah ke betul?
.
Dia macam ni… First sekali kita nak kena faham Nabi tu siapa? Muhammad bin Abdullah tu siapa? Wajar ke kita yang macam level paling rendah dari nabi, sahabat nabi, alim ulama, srikandi atau uwais alqorni tu nak disamakan level kedudukan kita? Jauh langit dengan bumi kome oi.
.
Nabi tu dipersiapkan oleh Allah berniaga dari kecil sampailah umur nabi cecah 40 tahun punya harta berjuta-juta hasil bisness dia adalah untuk jadi pemimpin ummat manusia. Berniaga ni Allah tarbiah nabi, belajar selok belok strategi, perihal manusia, sebelum nak berdakwah perang dan sebagainya.
.
Nabi ni pemimpin no satu madinah. Pembesar aka perdana menteri madinah bila dah diangkat jadi Rasul. Dah kalau jadi perdana menteri bila masa nabi nak berniaga jual beli sibuk dengan jualan staff dan sebagainya? Urus negara ni satu hal yang besar. Buat bisness ni pun satu hal yang besar. Sebab tu Allah bagi nabi fokus sebelum umur 40 buat bisness dulu. Lepas umur 40 fokus sampaikan dakwah pulak.
.
Sebab.. Nak sampaikan dakwah nabi kena sampaikan wahyu Alquran. Nak kena hafal. Nak kena mengajar. Nak kena jadi imam masjid. Nak kena pimpin pasukan. Nak kena macam-macam persoalan agama. Skop kerja nabi luasssss.
.
Nabi setelah diangkat menjadi Rasul tak berniaga buat dakwah sebab ada tugas nabi berat. Tapi sahabat nabi tetap berniaga, tak berhenti berniaga. Sebab nak support ekonomi islam dengan hasil perniagaan. Maksud dia walaupun nabi dah tak berniaga tapi dia mempunyai para sahabat yang kaya raya dan perniagaan yang besar. Salah satunya isteri nabi Khadijah sumbang harta untuk agama, Abdul Rahman Auf.. Dan ramai lagi lah. Nabi tarbiyah sahabat untuk gunakan keuntungan untuk sedekah zakat dan kegunaan kepentingan pembangunan agama Allah. Bukan nabi berhenti berniaga so semua berhenti berniaga kena buat dakwah macam nabi jugak.
.
Dah kita ni pulak sape nak dilevelkan sama dengan nabi? Nabi tak berniaga sebab dakwah. Kita pun nak ikut nabi sebab nabi dakwah nabi tak niaga. Kita pun tinggallah berniaga sebab kita nak kejar syurga nak kejar dakwah. Berdakwah tak boleh berniaga. Berniaga tak boleh berdakwah sebab nabi tak buat.
.
Tanya diri kita soalan ni?
.
Aku ni perdana menteri Malaysia ke?
Aku ni keluar join tabligh ke nak kena 40 hari 40 malam?
Aku ni ulama yang mengaji ilmu kitab setiap masa ke?
Aku manusia berkepentingan pengaruh besar sangat mengalahkan srikandi ke nak p perang?
.
Kome… Kita ni rakyat biasa level sama macam semut je. Kecik sangat kita ni nak disamakan dengan tugas para nabi, para sahabat, para srikandi apatah alim ulama 





.
Kita bukan pak mail. Kita bukan tun M yang sepatutnya menggalas tugas nabi besarkan dakwah, sebarkan dakwah, naikkan islam. Pemimpin rakyat dan khalifah negara. Nak harapkan depa ni Islam kemana tak tahulah…
.
Kenapa kita kena buat juga dakwah walau sambil berniaga? Sebab pemimpin kita tak buat. Lagi satu dakwah kita buat ni kecil sangat. Sekadar sekeliling kita. Sekadar sesama kita. Sebab tu tanggungjawab dakwah ni tanggungjawab semua orang.
.
Dakwah-dakwah ni pebendanya? Betulkan akidah tauhid, sebarkan kebaikan, sebarkan islam, luas maksud dakwah ni. Yang nabi buat tu dakwah paling besar. Kita ni dapat buat orang faham kebesaran Allah pun dah kira besar dah. Tak dakwah orang, dakwah diri sendiri pun dakwah juga. Kita belum nak sampai level perang macam nabi nak takluk wilayah dan sebagainya. Dengan nak perang lagi nak niaga lagi. Manalah sempat… Nak atur staregi susun tentera bagai… Itu kerja kepimpinan kome…
.
.
Ya Allah… Tolong sedar diri kita ni nak sipi-sipi disamakan dengan nabi pun tak mungkin. Dapat berniaga dan berdakwah pun dah satu rahmat kome.. Dua sunnah yang nabi tinggalkan tuk kita..
.
Buat ajelah dua-dua. Pasalnya… Ekonomi kita dahlah tak kuat. Agama kita di akhir zaman ni dah kembali asing… Jatuh sejatuhnya… Kalau bercita-cita nak jadi perdana menteri gantikan pak mail NY sokong ampa dakwah takyah berniaga. Biar rakyat berniaga boleh support ekonomi ummah dengan zakat dan sedekah.
.
Ni pemimpin kita? Cukai niaga pun dicekik atas kita

. Macam mana nak harap depa ni nak majukan Islam?



.
Siang malam NY berdoa ya Allah berilah kami pemimpin ISLAM yang benar… Gitu..
.
Berniaga ajelah sambil sampaikan dakwah.
Dakwahlah sambil berniaga. Ingatkan diri dan kastemer kepada Allah. Tak lupa Allah. Rezeki dari Allah.
.
Pokoknya dunia itu adalah jambatan akhirat.
Pokoknya berniaga itu jalan dakwah. Tak boleh tinggal.
.
Buatlah. Sentiasa pesan pada semua ingat Allah selalu. AlwaysbacktoAllah dalam apa jua sisi hidup kita.
.
Nora Yusof