Macam mana nak handle suami tak bagi nafkah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ramai betul tanya soalan macam mana nak handle suami tak bagi nafkah?
.
Jawapan dia gini je. Nak detail penerangan, baca FTR ya.😅
.
Suami tak konsisten bagi nafkah ni apa nak buat?
-‐————
1. Kena bincang dengan hasben tanggungjawab nafkah.
2. Kalau suami culas juga bab nafkah. Doakan dia. Dan fokus mintak dengan Allah lembutkan hati dia tuk faham bab-bab nafkah. Tak kiralah berapa lama ambik masa pun. Teruskan berdoa.
3. Selalu zikir ya latif dan selawat dalam masakan ke makanan ke.
4. Biarkan saja suami dan serahkan pada Allah untuk Allah bantu bolak balikkan hati dia. Isteri bila diuji, kekuatan sebenar adalah doa. Sebab kena faham, yang jadi keras kepala degil tu juga dengan izin Allah.
4. Banyakkan buka ceramah-ceramah ustaz atau sharekan kisah-kisah suami tak bagi nafkah kepada isteri apa akibat dia. Rajinkan membaca.
5. Sabar dan redha. Semua rezeki adalah dari Allah. Jangan minta dengan makhluk. Walaupun kita kata tanggungjwab nafkah tu suami yang kena pikul. Percayalah… dia dah berdosa kepada Allah waktu dia tak laksanakan amanah dia. Jadi minta Allah ampuni dia dan gandakan rezeki dia agar dia mampu tunaikan nafkah. Kalau tak nanti, jangan risau balasan Allah ada.
Yang penting tegur dulu baik-baik. Doa dan cuba ikhtiar dengan ceramah atau cerita-cerita teladan. Mungkin suami kita ni kurang ilmu. Kalau ada ilmu pun dia tak hadam.
Kisah Siti asiah bersabar dengan suaminya firaun. Dia adalah antara 4 ketua bidadari syurga ya.

Hebat

tak kesabaran Siti Asiah?

InshaaAllah berkat sabar doa isteri solehah niat nak suami berubah. Bukan nak suami semata tunaikan nafkah. Tapi nak suami lebih faham agama. Jadi bawaklah dia ke majlis-majlis ilmu.
.
Sebagai isteri yang taat dan solehah, kita bantu suami yang berdosa kepada Allah untuk kembali taat. Itulah isteri solehah. Bukan asyik mempersoalkan hak tapi taknak membantu dan berubah. Tidak ada usaha bantu suami faham agama. Isteri calon syurga ni bukan senang… tapi isteri yang faham agama jugalah kuncinya.
.
Sebab Allah nak bagi pahala. Jangan cepat marah nak mengeluh dengan rezeki yang kita dapat. Gunakan doa sepenuhnya. Yakin pada Allah pemberi rezeki. Isteri tak bergantung pada suami. Tapi bergantung pada Allah adalah sebaik-baik isteri.
.
Jangan sesekali fikir nak cerai dan sebagainya bila ada masalah dlm rumah tangga.
.
Belajar baiki diri dulu sebelum nak baiki orang lain. Jadi isteri solehah dulu sebelum nak dapat suami soleh
So kita lah kena betulkan diri sendiri. Sabar dengan apa yang takda. Syukur dengan apa ada. Ada masalah sikit jangan nak sensitif dan muram masam awal-awal.
.
Allah kan ada…
.
Kat manalah kita letak Allah bila ada masalah? Suami tu makhluk je. Allah yang bagi rezeki dkt dia. Allah yang jentik hati dia ingat kita. Point dia… cari Allah dulu.
.
Ini apa yang cikgu praktik dalam rumahtangga cikgu. Alhamdulillah share pengalaman.
Kahwin ni sampai akhir hayat. Kalau boleh sampai meninggal. Yang dah cerai tu isu lain lah. Yang belum ni kita nak cerita sini sebelum jadi roboh dll.
.
Ajak suami solat berjemaah ya. Power sangat amalan solat berjemaah ni.
Hidupkan sunnah dalam rumah
Baca quran. Rahmat berkat masuk. Jangan banyak pembaziran.
Jadi isteri yang bijak kalau suami tak berapa bijak.
Kita nak jadi wanita dambaan syurga. Jadi kena banyak sabar. Tak dapat tang nafkah lepas dah usaha sebagainya.
.
Takpa semoga Allah ganjarkan kesabaran kita dengan rezeki yang lain. Allah bagi kita suami macam tu sebab nak tengok macam mana kita nak bantu dia kenal Allah. Kenal agama. Bantu dia jadi imam yang betul. Sebab tu isteri perlu ilmu. Dia macam tu maksudnya dia tak faham dosa pahala tanggungjawab amanah. Niat nak bantu suami berubah. Bukan niat nak cerai nak pisah. Nak cari lain dan sebagainya.
.
Orang perempuan ni emosi dekat mulut. So hari-hari kalau boleh fikir nak cerai. Hat 10 tahun pun dia mengungkit. Cuba cari apa kebaikan suami tu walau satu. Dan syukur. Orang syukur Allah tambah nikmat.
Kadang… kena bincang sama-sama apa masalah suami. Kenapa dia tak boleh bagi nafkah. Apa dia fikir. Apa dia faham sebenarnya. Cara bercakap dengan suami pun main peranan. Ingat laki ni, dia ego. Cara fikir dia pun lain. Masalah diorang ni kadang bukan nak kongsi.
.
Kalau tak faham karakter masing-masing memang keje nak gaduh ajelah
Lepas tu nangis. Ermmmmmmmm
Ujian anak-anak.
Ujian rumahtangga
Ujian FTR
Ujian Team
Ujian Staff
Ujian kesihatan
Allah.. rasa nak bernafas pun semput dah. Suami marah anak pun boleh jadi isu..
Perempuan ni kadang takda pasal dia cari pasal 😆
Hidup memang letih weiii 🥴🥴🥴
Marilah pengsan berjemaah
.
Suami kita buruk-buruk dia pun, tetap suami kita. Simpan aib tu (buruk suami) dan doa saja pada Allah. Ingat sesiapa saja boleh jadi yang

terbaik

. Termasuklah suami kita. So kena sabar nak bantu dia jadi suami soleh. Banyak-banyak mohon pada Allah

.
Pandang dengan kasih syg.
.
Takda pendosa yang takda masa depan. Allah maha menerima taubat. Ntah-ntah nanti dia yang lebih baik dari kita yang perasan baik bagus ni haa.
Hati-hati dengan perasaan kita walaupun dengan suami sendiri.
.
Letak Allah dulu kat depan.
Jangan letak suami dulu kat depan.
Baru hidup terarah.
.
ALLAH SEGALANYA.
NAK TAAT ALLAH.
NAK TAAT SUAMI.
WANITA SOLEHAH, WANITA SYURGA.
.
Idaman setiap insan. 🥰
Memang itu kaedahnya.
Sebab… syurga Allah itu mahal harganya. 🤗
.
Dibayar dengan tiket keikhlasan, kesabaran, keredhaan dan kesyukuran.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?