Ramai orang bukan masalah duit pun.
.
Tapi masalah keyakinan, kepercayaan dan kebergantungan dia kepada Rezeki itu hak milik Allah.
.
Ramai orang punya masalah hati. Kalau takda duit pun tapi bila ada Allah, jiwa pasti tenang, sabar dan syukur. Allah pasti tambah lagi. ?
.
Takda duit. Tak rasa risau. Rasa tenang. Rasa bahagia. Yakin. Yang difokuskan hanyalah bertakwa iaitu melaksanakan perintah Allah amar makruf nahi mungkar.
.
Berapa ramai suami isteri bergaduh pasal duit. Pasal kewangan. Asbab bercerai. Hanya sebab takda ilmu rumah tangga yang betul. Pendek kata, ilmu dalaman diri betulkan jiwa. Dalam hati kalau dua-dua bawa Allah, pasti rumah tangga tu aman walaupun diuji dengan masalah kewangan. Rezeki yang berkat itu cukup.
.
Manusia ni nak ketenangan dan kebahagiaan je sebenarnya. Inilah rezeki yang dicari. Bila dalam hati ada Allah hati akan tenang dan bahagia. Kerana Allah lah sumber kebahagiaan dan ketenangan. Bukannya makhluk. Jadi letakkan hati kita ditempat yang betul. Pasti kita akan bahagia dan tenang.
.
Kalau dengan adanya benda lain contoh macam duit, baru hati kita tenang itu kena double cek. Bersedekah hati tak tenang. Gigil dan takut nak memberi. Takut rasa tak cukup. Tidak mahu doakan orang lain lebih. Takut orang lain dapat lebih. Itu tanda hati kita berpenyakit dan berperasangka.
.
Rasa tamak. Rasa iri. Kalau orang yang betul2 ikhlas. Mereka takkan ada rasa ini semua. Itu baru ikhlas namanya. Hanya kerana Allah. Ikhlas ni hanya kerana Allah. Bukan kerana mengharapkan balasan. Bukan kerana manusia dll. Hanya kerana Allah. Itulah ikhlas.
.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#BukuRezekiKelasPERTAMA
#1JutaPEMBACA
#RibuanTestimoniKEJAYAAN
Semuanya Milik Allah
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Kongsikan manfaat artikel ini di :
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin