Siapa yang jaga ALLAH, ALLAH jaga dia

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Ramai risau hal rezeki.
Ramai risau hal matawang jatuh.
Ramai risau hal harga barang naik.
Ramai risau kena simpan emas.
Ramai risau segala urusan kehidupan duniawi.
.
menyebabkan…
.
Ramai tak risau hal ibadah.
Ramai tak risau hal dakwah
Ramai tak risau akhirat
Ramai tak prepair kematian
Ramai tak khatam Quran.
Ramai tak konsisten zikir
Ramai tak usaha hafal hadis
Ramai tak upgrade ilmu
Ramai tak follow sunnah.
.
Menyebabkan ramai hidup dalam stress dan sakit jiwa.
.
nak beritahu kalian…
.
Risau macam mana kalian terhadap hidupan dunia, ia akan tetap berjalan dan berlaku mengikut kehendak ALLAH.
.
Yang perlu difokuskan adalah
persediaan akhirat yang paling utama.
.
Siapa yang jaga ALLAH, ALLAH jaga dia.
.
Maksudnya…
.
Tingkatkan amalan dan takwa
Buat dakwah dan sebarkan pahala
Jaga solat dan sedekah
Lazimkan zikir dan baca Alquran
.
Bab kehidupan dunia? Dan bisness? Carilah bisness yang perjuangannya untuk akhirat. Kejar Akhirat. Dunia kejar kita.
.
Jika masih belum berhasil dalam berusaha? Maka bersabarlah ketika kalian berusaha. Kerana niat utama adalah kerana nak dapatkan redha ALLAH. Kerana ALLAH. Allah yang memberi rezeki. Maka yakin dan percaya kepada Allah 1000%. jangan sesekali kalian ragu.
.
Buat apa yang ALLAH suka. Buat apa yang ALLAH cinta.
.
Buat dakwah.
Cari Ilmu.
Upgrade Amal.
Banyak Sedekah.
Perbaiki akhlak dan jadi anak yang soleh.
.
Kalau rasa rezeki sangkut, cek balik hubungan dengan keluarga. terabai ke terutamanya mak ayah. Nafkah bagi tak. hutang setel tak.
.
Hidup ni bukan nak hidup mewah tapi nak hidup tenang dan senang boleh beribadah dan buat dakwah (menyampaikan kebaikan)
.
Yang pasal ekonomi dunia tu ambil tahu juga tapi fokus pada persiapan akhirat itu lebih besar jaminannya. Pasti!
.
Bayangkan… semua ummat rajin ke masjid, rajin bersedekah, rajin bersyukur, rajin solat. Buat baik pada ibu bapa. rajin upgrade ilmu, makan apa yang ada sahaja (kurangkan makan). fokus zikir dan baca Alquran, banyak menghidupkan sunnah. Rasa takut kepada ALLAH.
.
Berkat dan Rahmat Allah turun ke sekelian alam.
.
NY tak mampu nak baiki ni ke seluruh pelosok Malaysia. hanya mampu mengajak dalam medsos ni dan bermula dengan keluarga kecil NY dulu.
.
Tenang dan zikirlah. fikir yang baik-baik. yang indah-indah. ALLAH bersama kita.
.
Nora Yusof.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?