Suatu Hari Nanti Kita akan Sangat Menyesal!

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Suatu Hari Nanti Kita akan Sangat Menyesal!
.
.
Bila?
.
Ketika kita telah menjadi ahli kubur.
.
Kenapa?
.
Kerana semasa hidup di dunia, kita tidak mahu memperbanyakkan sedekah. Kita takut miskin. Kita takut tak cukup. Kita tak yakin dengan janji Allah.
.
Ahli kubur apabila mati, mereka minta dihidupkan kembali oleh Allah hanya kerana semata untuk bersedekah.
.
Dalam Alquran diungkapkan bahawa sedekah merupakan perkara yang paling ingin dilakukan orang yang meninggal seandainya dia dhidupkan lagi ke dunia.
Allah SWT berfirman:
وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَآ اَخَّرْتَنِيْٓ اِلٰٓى اَجَلٍ قَرِيْبٍۚ فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ
“Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.” (QS Al Munafiqun ayat 10).
Kenapa bukan solat? Kenapa bukan zikir?
.
Tetapi sedekah?
.
Kerana sedekah mempunyai keistimewaan yang sangat luar biasa. Mampu menolak bala dan meluaskan rezeki. Dalam masa sama ia adalah bekalan akhirat yang paling tinggi nilainya disisi Allah.
.
Jadi sebelum semua masing-masing menyesal. Hidup ini hanya sekali. Pejam mata sahaja. Ayuh sahut seruan ini dan buatlah sedekah untuk diri kita sendiri atau mak ayah kita sebagai bekal akhirat. Di ketika kita sempit, sedekah mampu menambahkan rezeki. Juga memadamkan api neraka ke atas kita.
.
Sedekah jariah ialah wakaf. Wakaf ilmu bermanfaat pahala mengalir sehingga mati.
.
Niatkan Sahaja Aku Bersedekah/Berwakaf Kerana Allah Taala*.🤲🏻🤲🏻
.
Platform wakaf paling dipercayai tanpa ragu. Tekan sini ya >>
Semoga Pahala Tuan Puan bertambah dan diterima Allah. Kami doakan agar ALLAH membalas setiap sedekah/wakaf tuan/puan dengan limpahan rezeki yang berterusan serta kesihatan yang baik, InshaaALLAH.
.
Nora Yusof.
Nor Syawirah Binti Mohamad, Shaziela Aswad and 88 others
2 Comments
12 Shares
Like

Comment
Share

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?