KESAKITAN SEORANG ISTERI

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
BURN OUT.
=========
.
Bila kita mengharapkan orang faham kita terutamanya. Percayalah.. mereka lelaki takkan pernah faham.
.
Sebab mereka adalah satu makhluk yang tak faham bahasa tersirat. Mereka hanya faham bila kita terus terang. Bahasa yang straight. Kalau nak makan pisang goreng kena cakap nak makan pisang goreng. Bukan cakap ermm sedapnya pisang goreng tu (bahasa kias orang perempuan)Do you want to buy a Breitling Navitimer replica? I would recommend navitimerreplica.top, it has the best replica Breitling watches.
.
Perempuan ni Allah jadikan pakej dengan sifat malu yang tinggi. Thats why kami ni nak mintak apa-apa cakap straight atau terus terang tu macam menjatuhkan maruah kami. Nak kena cakap straight nak benda tu. Malu muka kami. Nak mintak-mintak lagilah kami malu..sebab tu ada antara kami sanggup cari duit sendiri dari mintak-mintak. Nak beli apa beli je sendiri. Puas tanpa mintak. Rasa kami menyusahkan orang kalau mintak-mintak. Macam pengemis kekdahnya. Gitulah malu dalam diri kami yang Allah ciptakan. Tapi lelaki tak pernah faham rasa ‘malu’ kami tu.
.
Kami kena belajar untuk jadi orang yang meminta-minta dan kena pulak mintak terus terang. Allah. Dua perkara yang cukup berat bagi kami. Nak kena mintak lepas tu nak kena cakap straight benda yang kami nak. Allahu.
paneraicopy.com has the latest and most complete news about Panerai replica watches, as well as selling the highest quality Panerai replica watches.
Contoh lain kami selalu cakap… sampah pun dah penuh ni… cara kami begitu. Dengan harapan. Orang yang dengar tu dia ambik action p buang sampah tu. Kenapa kami bercakap macam tu? Sebab kami taknak kami rasa kami mengarah atau suruh2 orang p buang sampah. Contoh kita cakap.. pa.. buang sampah tu. Dah penuh. Ampa tak rasa kami mengarah atau menyuruh-nyuruh ke?
.
Itulah cara perempuan. Disebalik kiasan dia tu. Terselit sifat malu dan tak suka nak menyusahkan orang. Tapi nak orang buatkan tanpa rasa orang tu diarah-arahkan direct. ? paham tak?
.
Ermm. Kebanyakkan semua wanita mengalami masalah yang sama dengan suami masing-masing betul tak? Last last tak jalan komunikasi camtu. Kena ikut cara diorang..kita kena korbankan perasaan malu kita dan rasa kita tu untuk mereka jelas pada apa yang kita mintak. Baru tindakan jadi cepat. Kalau tak makan hati lagi mereput.
.
Dalam rumah tangga, perkara paling penat adalah bila fasa ada anak. Anak kecik-kecik. Waktu ni memang burn out teruk. Waktu kahwin takda anak ok lagi. Anak besar ok lagi.
.
Anak kecik dan tengah lasak membesar tu lah rasanya kemuncak ujian dalam rumahtangga. Sebab dia punya struggle tu memang tak boleh bawa bincang. Dengan rumahnya sepah, kotor dan kain tak sempat nak berlipat. Kalau ada baby kecik lagilah huru hara. Ini kes kalau suami tak faham dan tak bantu. Triple dia punya penat tu. Macam lipas kudung. Makan nasi pun tak kunyah dah. Telan terusssss… ???
.
Suami ni dia bukan tak memahami… macam saya cakap tadi… dia kena cakap straight atau kena terus terang. Nak dia faham kita, bagi dia buat kerja tu baru dia rasa dan fikir macam mana penat kita jaga anak dengan rumah tunggang langgang. Itu pun kalau dia boleh faham. Kalau tidak dia tak faham lagi dia marah kita dan kita yang depress. Nak explain apa kita rasa tak sampai maksud. Bahasa kias pun tak faham. Ni kan nak cakap pasal rasa stress emosi semua. ???.
.
Mereka juga tak suka mendengar. Susah jadi pendengar yang baik. Sedangkan perempuan ni sifatnya hanya nak orang dengar sahaja. Dengar, faham dan bantu. Cukup.
.
Jadi wanita ni bila dia stress dia pendam perasaan tu. Kalau tak boleh keluar rumah pergi shopping atau ambil angin…Cara lain, dia tonton movie k drama, baca novel, atau buat benda-benda yang dia suka dan boleh bagi dia happy tanpa bercakap lagi dah. Mungkin main fesbuk atau tengok lah apa-apa. Banyak diam dan pendam. Takda kawan nak luah perasaan yang sakit tu. Itu ajelah cara yang ada untuk dia dapatkan balik semangat dia yang dah hilang akibat penat emosi tu.
.
Kesannya… akan jadi pemarah. Masam muka. Tinggi suara. Hilang pertimbangan. Pukul anak. Sedangkan bukan itu sifatnya. Tapi sebab orang tak faham. Tak mendengar. Tak membantu. Maka kami jadilah begitu.
.
Buat kerja rumah ni penat emosi dan penat fizikal serentak, sebab dia kerja yang berulang-ulang dan jemu.
.
Untuk orang yang ada ilmu agama… atau faham hidup ni ujian…
.
Ilmu tu akan pandu emosi wanita tu.
Macam mana? Wanita itu akan pandu emosi dia apabila dia…
.
1. Faham hidup ni ujian, suami tu ujian, anak tu ujian.
2. Faham nak cari ketenangan itu hanya dengan ingat Allah. Allah lah tempat bergantung.
3. Faham bila diuji, sabar, redha, syukur dan ikhlas kerana Allah sebab Allah bagi pahala atas pengorbanan tu.
4. Faham bila ada masalah Allahlah tempat terbaik meluahkan perasaan dan mengadu. Solat dan menangis kepada Allah. Bukan cari novel, tengok movie atau lain.
5. Faham setiap kali ada ujian, mulakan dengan zikir dan akhiri dengan zikir. Selawat sentiasa dibibir.
6. Faham dan tak salahkan suami yang tak faham. Sentiasa sangka baik. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah bagi suami faham kehendak hati. Mintak sungguh dengan Allah.
7. Faham ganjaran syurga menanti buat orang yang bersabar taat pada suami dan membesarkan dan didik anak-anak jadi anak soleh solehah.
.
Itulah rahsia hati tenang… pulih dari rasa burn out yang terbaik adalah kembali kepada Allah dan faham tujuan kenapa kita diuji dan hidup dimuka bumi ni.
.
Hidup kita ni, bila ada masalah, fokus solusi. Carilah Allah… kita akan rasa tenang. Minta Allah bagi kita kuat dan semangat. Minta Allah bagi kita mudah urusan. Minta Allah bagi kita sihat selalu. Setiap langkah kita, niatkan kerana Allah.
.
Takut kalau kita mati, mati dalam keadaan tidak redha kepada Allah. Tidak redha dengan apa yang kita lalui. Tidak redha dengan suami kita. Itu yang kita takut… mati yang tidak bawak makna. Kita hilang ikhlas sabar syukur dan redha kita masa kita diuji. Takda pahala.
.
Penat tu akan hilang bila kita bawa rasa kita aku “Hamba Allah”. Hamba memang tugasnya ikut perintah tuhannya. Sabar sabar dan terus sabar… sampai Allah bagi hikmah.
.
.
Susahnya sabar sebab itu syurga itu mahal harganya sebab maharnya bayar dengan “Sabar”.
.
Nak lagi ilmu dan tips handle burn out ni?
.
Dapatkan FTR. Baca sampai nangis dan lepas tu hati rasa bahagia. Sebab NY ajar macam mana nak jadi isteri yang ikhlas redha syukur dan sabar.
.
Kalau belum baca FTR. Baik baca FTR dari baca novel. Upgrade ilmu bermanfaat itu pahala. Sebab FTR boleh jadi penenang diwaktu kita burn out. Diwaktu kita nak cari kawan luahkan perasaan tapi takda siapa faham kita. FTR faham isi hati anda.
.
Learn more tentang FTR klik sini ya. Cuba baca. Sangat membantu.
.

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?