1. Senyum dan syukur adalah perkara pertama dibuat sekiranya diuji.
2. Berdoa yang baik-baik dan hadiahkan mereka Alfatihah
3. Terangkan dengan baik beserta bukti. Jika tidak mampu dan mereka tidak percaya. Biarkan mereka dan serahkan saja kepada Allah yang maha adil menunjukkan kebenaran. Diam dan berdoa ketika ini adalah lebih baik. Usah melawan dan bersedih. Mengadulah kepada Allah. Kerana Allahlah berkuasa pemegang hati-hati manusia.
4. Fokus perbaiki diri jadi lebih baik. Jangan sampai hilang fokus, stress dan sebagainya kerana nak mempertahankan diri. Orang yang tenang pasti menang. Maka bertenang dan istighfarlah mohon ampun kepada Allah.
5. Kadang apabila datang masalah, bukan masalah tu untuk diselesaikan sangat pun. Tapi Allah nak kita redha dan terima dengan tenang dan tak gelabah. Relax. Tak perlu kelam kabut semua benda nak selesaikan jam tu jugak. Rancang dulu dengan baik dan buat segala persediaan di belakang tabir sekiranya ada yang tak diingini berlaku.