Kerja dan perjuangan untuk agama ni susah. Sampai tahap, kena korban fizikal mental. Jiwa raga. Itu passion paling tinggi lah.
.
Kalau zaman nabi, sahabat dan para srikandi yang hatinya untuk Allah, keluarga pun mereka tinggalkan demi agama.
.
Untuk yang buat keje kerana agama, kerana Allah, toksah susah hati kalau masa untuk keluarga takda. Masa untuk anak takda sepenuhnya, Masa untuk ibu ayah takda sepenuhnya. Sebab setiap kali tu doalah semoga Allah pelihara ahli keluarga kita. Sebab Allahlah sebaik-baik penjaga. Sebaik-baik pemberi rezeki. Sebaik-baik penolong.
.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
.
Kalau zaman sahabat r.hum ada yang tak balik bertahun berbulan pun ada. Mati mayat tak tahu kat mana pun ada. Tahu-tahu jihad cari ilmu sampai ke mesir mekah madinah nun. Balik-balik mak dah sampai meninggal. Cari ilmu kerana Allah dan kerana agama. Ulama-ulama pun ramai begitu. Mereka banyak berserah kepada Allah. Hati dan jiwa hidup untuk Allah.
.
.
Usah rasa rugi masa, rugi tenaga, dan rasa cicir semua benda dalam mencari redha dan berjuang di jalan Allah. Sebab, setiapnya pasti Allah membalasnya.
.
Jaga Allah. Buat untuk Allah. Allah pasti menjaga ahli keluarga kita. Harta kita dan sebagainya dalam keadaan
terbaik
. Pasti!
.
Asalkan kita bagi makan pakai yang cukup. Nafkah yang cukup. Pendidikan yang cukup. Ajar anak bergantung kepada Allah. Kenal Allah dan Rasul. Ajar juga anak dari kecil belajar cari ilmu kerana Allah. Nak Allah redha. Bukan semata pandai nak dapat A dalam peperiksaan atau nak berdaya saing berlumba dengan orang anak sape lebih pandai. Sape lebih
hebat
. Usah membanding-bandingkan. Usah lihat orang. Fokus pada peningkatan diri sendiri.
.
Subhanallah. The best adalah anak mencintai Allah dan Rasul. Memang bukan tugas yang mudahlah nak bagi faham semua orang pasal benda ni. Apatah lagi nak melaksanakannya. Semoga Allah bagi faham pada kita semua. Aamiin.
.
Sahaja aku berdakwah, berniaga, dan bekerja kerana Allah Taala.
.
.
Nora Yusof.