KEBERGANTUNGAN KITA KEPADA ALLAH

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Semalam terbacalah satu posting berkaitan seorang ibu yang kecewa dengan anak perempuan kerana tak bagi biayai pada mak ayah bila dewasa.
.
NY Sedih dan murung melihat keadaan tauhid dan kebergantungan ummat terhadap Allah amatlah tipis disebabkan sistem kehidupan hari ni.
.

Kisahnya, Ibu ayah ni masa dulu berkorban segala keringat dan kudrat. Catu makanan berjimat cermat segala keinginan ditahan demi memberikan anak-anak pendidikan

terbaik

. Anak itu anak perempuan. Anak harapan keluargalah kita panggil. Belajar sampai degree master atau phd.

.
Dengan harapan bila anak itu dah berjaya kelak boleh lah anak jadi tempat tumpang kesenangan dan bergantung harap.
.
Masalah bila terjadi adalah.. penat belajar tinggi-tinggi sudahnya anak ni berkahwin ikut suami tak bekerja dan duduk rumah sahaja. Punah harapan ibu ayah ?
.
Ditambah buruk keadaan lagi bila suami tak izin kerja. Duduk rumah dan jaga anak sahaja. Bertambah-tambah kecewa ibu ayah.
.
.
Okey ringkasnya beginilah senang eh. Tanya soalan tauhid ni pada diri kita.
.
Apa tujuan Allah bagi kita anak?
Apa tujuan Allah hidupkan kita ke dunia?
Rezeki itu siapa yang bagi?
.
Mudah je soalan tauhid ni tuan puan. Tapi sebab ramai tak faham kebergantungan ni maka jadilah hidup bergantung pada anak, pada sistem, pada hospital, pada ubat, pada insurans dan sebagainya.
.
Bukan pada Allah SWT sepenuhnya.
.
Tauhid ni maksud dia pada Allah sepenuhnya.
.
Kita fahamkan dulu tujuan hidup kita ada 3.
.
1. Mencari ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kerana Allah.
2. Sedekah jariah yang berpanjangan
3. Membina dan mendidik anak-anak soleh.
.
.
Berkaitan belajar ni ramai yang tak faham. Kenapa pergi universiti? Kenapa belajar ilmu? Kenapa belajar tinggi-tinggi?
.
Bagi mentaliti atas macam mak ayah tadi tu. Ramai parents tak faham yang sebenarnya hantar anak belajar bukan sebab nak dapat kerja bagus, nak dapat gaji besar rumah besar atau hidup senang.
.
Yang sebenarnya pergi belajar adalah untuk mencari keagungan dan kebesaran Allah. Menuntut ilmu kerana Allah. Niat belajar salah maka salahlah matlamatnya. Sebab tu ada yang persoal. Kalau belajar agama kau nak keje jadi apa?
.
Lupa ya… rezeki tu Allah yang bagi. Bukan ilmu kepandaian kita yang segulung ijazah digantung didinding yang nak dijadikan kebanggaan keluarga atau keturunan.
.
Begitulah maksud kefahaman tauhid.
.
NY jelaskan lagi, dalam islam, wanita ada beberapa tugas yang perlu dipikul sesuai dengan fitrah kejadian Allah. Dalam agama, sebenarnya wanita yang dah berkahwin ni tugas dia adalah untuk..
.
1. Taat perintah Allah
2. Taat pada suami
3. Berilmu dan mengajarkan ilmu
4. Mengandung dan melahirkan anak
5. Mendidik dan membesarkan anak menjadi anak yang soleh dan solehah.
.
Sebab tu, wanita perlu berilmu, ilmu untuk diajarkan kepada anak-anak supaya anak menjadi soleh dan solehah.
.
Untuk menjadi pemimpin dan berdakwah adalah tugas lelaki bukannya wanita. Wanita bersifat dipimpin. Jika nak memimpin haruslah dalam kalangan kaumnya sahaja.
.
Tapi hari ni sistem kita celaru dicelarukan dengan ideologi feminism. Maksudnya hak wanita sama dengan lelaki. Sebenarnya fitrah tidak begitu.
.

Kalau dulu. Imam syafie dan lain-lain ulama

hebat

, ibunya adalah madrasah utama. Belajar adab agama tauhid tajwid adalah bermula dengan ibunya. Berbezakan dengan ibu-ibu sekarang? Cari ilmu sebab nak cari duit dan cari kerja. Bukan cari ilmu kerana Allah dan nak hasilkan anak-anak soleh.

.
Wanita ni fitrahnya dan tugasnya adalah meramaikan ummah. Sebab itu tugas yang mulia dan berat. Nak bawak pikul yang ni pun tak larat. Lagikan nak memimpin dunia. Kepimpinan ni Allah beri kelebihan pada laki-laki. Tapi tulah. Jahatnya sistem dajjal nak rosakkan wanita dia buatlah ideologi tu.
.
Kita yang tak faham tugas asal agama maka ikut ajelah. Tu yang bila anak kita kahwin kita kecewa kenapalah tak bagi duit bulan-bulan. Penat aku hantar belajar tinggi-tinggi sampai luar negara. Kahwin duk jadi suri rumah.
.

Tuan puan… tempat

terbaik

wanita adalah di rumah. Sebagai suri rumahtangga dan madrasah bagi anak-anak. Semulia-mulia wanita adalah yang jauh dari fitnah. Yang terpelihara aurat dan taat pada suaminya. Dalam islam.. wanita wajib taat suami. Keluarga nak melawat pun kena mintak izin suami walaupun itu ibu ayahnya. Nampak tak besarnya kuasa veto seorang suami?

.
Nak buat macam mana memang itu fitrah yang Allah ciptakan.
.
Kita ni tauhid kita biarlah pada Allah. Kebergantungan kita pada Allah sentiasa. Allah yang bagi rezeki.
.

Dapat hantar anak belajar tinggi jadi anak soleh doakan kita setiap hari itulah hadiah paling

terbaik

. Dapat kita jadikan dia anak yang taat suaminya syurgalah tempat kita.

.
Bukan itu yang sepatutnya? Bukan mengharapkan duit tiap bulan dari anak. Doa ibu ni power. Allah pegang hati anak. Kalau kita duk doa anak kita ingat kita. Allah pasti jentik anak ingat kita. Kalau dia ingat kita nak bagi duit. Dia transfer je tak payah cakap pun. Kenapa? Sebab kita hantar dia belajar. Dia faham agama ajar. Hormat dan jaga keberkatan dengan mak ayah. Itulah anak soleh.
.
.
Ni sampai nak kena minta-minta. Malah dia pulak minta dekat kita duit belanja. So dia pergi belajar tu dia faham apa sebenarnya? Sebenarnya dia tak belajar apa-apa dan tak faham apa itu keberkatan ibu ayah.
.
So penting tak hantar anak belajar faham agama? Sangat penting. Kita nak anak kita tauhidnya pada Allah. Kebergantungan hidupnya pada Allah. Andai kita mati dulu. Anak kita tetap ada Allah diwaktu dia susah dan senang.
.
Sebab tu NY selalu cakap dengan anak-anak NY walaupun diorang masih kecik. Kakak.. adik.. nak apa-apa mintak Allah ya. Rezeki semua ni Allah yang bagi. Bukan mama papa yang bagi tau. So dia akan dia mintak kat Allah kalau nak apa-apa. NY cuma mintak dia doakan NY dan suami dapat masuk syurga. Hadiahkan mama papa dengan ayat-ayat Alquran dan jadi anak yang baik. Itu aje mama nak.
.
Alhamdulillah dia angguk. Gaiss. Mari ubah kebergantungan kita, anak kita. Kembalilah kepada Allah dan fitrah.
.
Ambik SPM atau tak..Ada degree atau tak. Ada master atau tak. Jangan risau. Tapi risaulah kalau anak itu tak pandai agama. Tak doakan kita.
.
Jangan letak harapan pada anak. Letaklah harapan pada Allah.
.
Biarlah kita ada anak yang pegang sijil padang Mashsyar. Itu lebih penting.
.
Nora Yusof

Kongsikan manfaat artikel ini di :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Perlukan Bantuan ?