Poligami..
.
Ia adalah sebuah sunnah.
You can never go wrong in choosing Swiss manufactured replicas on etareplica.sr
This is literally the best fake Rolex I’ve ever seen.
.
Sunnah yang disalahertikan.
.
Begini…
.
Ikut cara Rasulullah itulah sunnah.
.
Macam mana?
.
Isteri pertama Rasulullah tidak dipoligamikan.
.
Siapa? Siti Khadijah.
.
Nabi setia sehingga khadijah meninggal dunia.
.
Point pertama sunnah adalah. SETIA.
.
Kemudian barulah nabi berkahwin dengan isteri-isteri seterusnya. Atas sebab agama dan perintah Allah. Bukan sebab hawa nafsu.
.
NIAT POLIGAMI ADALAH SYARAT KEDUA.
.
Jadi betulkan niat sekiranya nak berpoligami dan setialah sehingga isteri pertama meninggal dunia terlebih dahulu. Itu sunnahnya.
.
Ini anak terabai, rumahtangga bini sorang yang handle. Pergi masjid pun tak. Nafkah culas. Ilmu agama kelaut. Ada hati nak poligami.
.
Soal mampu bukan diukur berapa banyak wang atau harta kalian. Tapi diukur dari segi tanggungjawab, amanah kepada agama terlebih dulu. Jika sempurna, sila. Jika tidak, tak perlu.
.
Ramai betul salah faham konsep poligami. Akibatnya berat. Tugasnya berat. Tak ramai ulama atau sahabat selepas rasul mengambil sunnah ni. Ada yang tak berkahwin pun kerana fokus kepada perjuangan agama dan menuntut ilmu.
.
Dapat dekat kita yang jahil ni. Ngaji tak habis. Tilik dulu diri sendiri sebelum nak buat apa-apa. 30 juz dalam dada ke? Kalau tak, tak payah. Sebab perkahwinan ni bukan satu perjudian atau permainan.
.
Ia adalah tujuan AGAMA.
.
Ia adalah satu ikatan tanggungjawab yang melelahkan zahir dan batin yang nak dihadapkan kepada Allah diakhirat kelak. Larat ke nak pikul?
.
Didik anak isteri, jaga anak dengan agama.
.
Kalau anak yang ada pun tak mampu handle. Isteri pun aurat tak tutup sempurna. Tak bantu isteri sama-sama uruskan anak dan rumahtangga. Ketahuilah kalian memang tak layak dan tak mampu poligami. Itu ukuran kemampuan sebenar. Bukan ukur dari jumlah wang atau banyaknya harta.
.
Lelaki cari rezeki penat?
Tak sepenat isteri yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak. So sama-sama jaga. Jangan bagi alasan penat cari rezeki. Tak penat pun. Antara cari rezeki dengan jaga anak,urus anak. Lagi penat jaga dan urus anak. Fizikal and mentally.
.
Rumah tangga yang dibina atas dasar nafsu adalah BUNTU.
.
Rumah tangga yang dibina atas dasar agama adalah SEMPURNA.
.
Nora Yusof.