Berdakwah
Menghidupkan sunnah
Jaga agama
.
Di akhir zaman ibarat menggenggam bara api.
.
Apa maksud genggam bara api?
.
Maksudnya susah, pedih, perit, sakit, berat dan sukar.
.
Hanya orang tertentu sahaja nak pegang perjuangan ni. Sebab bukan semua orang sanggup sabar dengan kepedihan, kesakitan dan pengorbanan untuk melaksanakan Alquran dan Assunnah ni.
.
Kencaman terdekat adalah ahli keluarga. Kencaman menyakitkan adalah bila kita bersendirian. U are alone….
.
Allah…
.
Sedangkan mereka tidak mengetahui. Saat sukar. Saat perit. Saat diuji. Saat pedih. Saat susah itulah Allah sedang menaikkan darjat ke tahap tertinggi dengan menjadikan pejuang semakin kuat kebergantungannya, makin kuat hatinya.
.
Redha Allah itu adalah apabila kita redha dengan apa sahaja yang dilalui dan ditakdirkan Allah keatas kita.
.
Bukan semua orang bertuah ni.
Bukan semua orang terpilih ni.
MasyaAllah berbahagialah saat sukar.
.
Kerana… janji Allah,
“sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
.
Nora Yusof.